Ashraf Mustaqim ยท @ashraf.mustaqim

Posted 1 week ago
61.4K followers
17.84K views
1.2K likes
14 comments
295 shares

๐Ÿ”ฐ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ-๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ, ๐—ง๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿณ๐Ÿฌ๐Ÿฏ ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ!๐Ÿ”ฐ ๐Ÿ’ข๐’๐˜๐Ž๐ ๐๐€๐ ๐‡๐€๐๐†๐†๐†!!!๐Ÿ’ข ________________________ 10 hingga 12 September 2026 ini, Bukit Kodiang bakal kembali meriah dengan Temasya Rakyat (TERA) 703 @ Kota Siputeh. Tiga hari penuh acara, makanan, budaya dan keseronokan untuk seisi keluarga! Memasuki tahun ketiga selepas kejayaan TERA 701 dan TERA 702, temasya ini bukan sekadar pesta rakyat. Inilah usaha kita mengangkat sejarah 703 tahun pemasyhuran Kota Siputeh sebagai pusat pentadbiran, memelihara warisan dan jati diri, serta memperkenalkan keindahan Kota Siputeh sebagai destinasi pelancongan yang unik. Pelbagai acara menarik menanti. Sukan rakyat, sukan bendang, sukaneka sungai, Fun Run 5KM, aktiviti kanak-kanak, pertandingan mewarna, karaoke, memancing, persembahan budaya, vendor makanan dan bermacam lagi. Nak rasa permainan tradisi seperti tangkap itik dalam bendang, pukul bantal dalam sungai, lari dalam guni dan kayuh gerek atas titi pun ada! Jadi, bukan warga Kota Siputeh sahaja. Sahabat-sahabat dari Kedah, Perlis dan seluruh negara, bawa keluarga, ajak kawan dan pakat mai merasai sendiri kemeriahan TERA 703! 10, 11 & 12 SEPTEMBER 2026 BUKIT KODIANG, KEDAH Kita raikan sejarah. Kita angkat budaya. Kita eratkan kebersamaan. PAKAT MAI, KITA BAGI MERIAH BUKIT KODIANG! #KotaSiputeh #TemasyaRakyat703 #Kodiang #ZRA #KodiangSanglangPida