JKR (D) Kota Tinggi ยท @jkrkotatinggi

Posted 1 month ago
13.25K followers
873 views
39 likes
1 comments
4 shares

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„ ๐Ÿ”๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” 31 Ogos 2026 | Isnin ๐Ÿ“ŒPadang Bukit Kerajaan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Daerah Kota Tinggi telah berlangsung dengan penuh semangat patriotisme dan kemeriahan, menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sekolah serta sektor swasta dalam menyemarakkan semangat cintakan negara. Dalam menyemarakkan sambutan penuh bermakna ini, kontinjen JKR Daerah Kota Tinggi turut mengambil bahagian dalam Perbarisan Kawad dan Perarakan Aset Jabatan. Acara perbarisan dimulakan dengan lintas hormat di Dataran Jam Kota Tinggi dan berakhir di Padang Kerajaan, Kota Tinggi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, YB Datuk Mohamad Najib Samuri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor. Dalam majlis tersebut, Jabatan Kerja Raya (D) Kota Tinggi telah mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Johan Menghias Bangunan dan Mengibar Jalur Gemilang Kategori Bangunan Kerajaan dan Johan Sepanduk Tercantik (Kontinjen Jabatan Kerajaan & Badan Berkanun). Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama, kreativiti dan komitmen seluruh warga kerja JKR Daerah Kota Tinggi dalam menyemarakkan bulan kemerdekaan serta mengangkat semangat patriotisme di peringkat daerah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja JKR Daerah Kota Tinggi atas komitmen, kerjasama dan semangat yang telah diberikan dalam menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026. ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ "๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข" #IamJKR #JasaKepadaRakyat #MalaysiaMadani #SambutanHariKebangsaan