Posted 4 days ago
237.28K followers
8.88K views
200 likes
6 comments
8 shares
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐-๐๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐ง๐๐๐๐๐ก KUALA LUMPUR, 7 September 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), hari ini mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kumpulan Kerja Memerangi Jenayah Rentas Sempadan MalaysiaโRepublik Rakyat China Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaksanakan secara dalam talian dari Bilik Mesyuarat Utama JSJ, Bukit Aman. Mesyuarat kali keempat ini merupakan kesinambungan usaha PDRM dalam memperkemas penyelarasan, memantapkan persediaan serta memperkukuh kesiapsiagaan operasional ke arah kerjasama strategik MalaysiaโRepublik Rakyat China dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks dan terancang. Turut bersama ialah DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/ Perancangan Strategik) SAC Mohd Asmadi Yusoff, Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, wakil Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Antarabangsa), Ketua-Ketua Penolong Pengarah JSJ serta pegawai-pegawai kanan yang berkaitan. Pelaksanaan mesyuarat secara dalam talian ini memastikan koordinasi antara jabatan dan bahagian terus dilaksanakan secara tersusun, pantas dan berkesan, khususnya dalam menyelaras agenda, perkongsian maklumat serta pendekatan bersama bagi menghadapi cabaran jenayah yang melangkaui sempadan negara. PDRM kekal komited memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan Republik Rakyat China melalui koordinasi yang lebih bersepadu dan tindakan penguatkuasaan yang tegas, sistematik serta berkesan demi keselamatan dan kepentingan kedua-dua negara. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP