Ashraf Mustaqim ยท @ashraf.mustaqim

Posted 1 week ago
61.4K followers
12.73K views
437 likes
22 comments
214 shares

๐Ÿ”ฐ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ-๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ, ๐—ง๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿณ๐Ÿฌ๐Ÿฏ ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ!๐Ÿ”ฐ ๐Ÿ’ข๐’๐˜๐Ž๐ ๐๐€๐ ๐‡๐€๐๐†๐†๐†!!!๐Ÿ’ข ________________________ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ, ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ (๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”) ๐Ÿณ๐Ÿฌ๐Ÿฏ @ ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ž๐—ผ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ด, Kedah. Tiga hari kita berhimpun, bersukan, berhibur dan menghidupkan semula semangat kebersamaan dalam suasana temasya rakyat yang penuh warna. Memasuki tahun ketiga selepas kejayaan TERA 701 dan TERA 702, temasya ini terus dibawa sebagai wadah rakyat untuk mengangkat sejarah, budaya, warisan dan jati diri Kota Siputeh. TERA 703 dianjurkan bersempena 703 tahun pemasyhuran Kota Siputeh sebagai pusat pentadbiran, menelusuri sejarah panjang kegemilangan Kedah. Dalam masa yang sama, kita mahu TERA berkembang sebagai produk pelancongan yang membawa orang ramai datang menikmati sendiri keindahan, makanan, budaya, suasana desa dan khazanah sejarah Kota Siputeh. Pelbagai acara menanti sepanjang tiga hari. Ada sukan rakyat, sukan bendang, sukaneka sungai, aktiviti kanak-kanak, pertandingan mewarna, pakaian patriotik, karaoke, memancing, Fun Run 5KM, persembahan budaya, vendor makanan dan bermacam lagi. Nak rasa pengalaman lama-lama pun ada. Lari dalam guni, tapak gajah, bowling buah nyoq, tangkap itik dalam bendang, pukul bantal dalam sungai, kayuh gerek atas titi dan pelbagai acara tradisi yang semakin jarang kita jumpa. Jadi bukan warga Kota Siputeh sahaja. Sahabat-sahabat dari Kedah, Perlis dan seluruh negara, pakai elok-elok, bawa keluarga, ajak kawan dan pakat mai! 10, 11 & 12 SEPTEMBER 2026 BUKIT KODIANG, KEDAH TEMASYA RAKYAT 703 @ KOTA SIPUTEH Kita raikan sejarah. Kita angkat budaya. Kita eratkan kebersamaan. Pakat mai, kita bagi meriah Bukit Kodiang! #KotaSiputeh #TemasyaRakyat703 #Kodiang #TeRa703 #KodiangSanglangPida