CID_RMP · @cidrmp

Posted 6 days ago
237.28K followers
20.82K views
847 likes
14 comments
130 shares

𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗡𝗗𝗜𝗞𝗘𝗧 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 KLANG, 5 September 2026: Seramai 19 individu warga Indonesia, termasuk seorang bayi berusia 9 bulan, ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D7 IPK Selangor. Serbuan telah dijalankan pada petang hari semalam, di sebuah rumah yang terletak di Taman Intan Kapar, Klang. Mereka yang ditahan terdiri daripada transporter, penjaga premis serta migran, terdiri daripada 10 lelaki, 8 wanita dan seorang bayi. Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah merampas sebuah kenderaan, sejumlah wang tunai serta telefon bimbit untuk tindakan lanjut. Siasatan awal mendapati kegiatan ini telah beroperasi selama hampir dua bulan dan didalangi oleh warga Indonesia sendiri. Kadar bayaran ditetapkan sekitar RM2,000 seorang. Bagi mengaburi pihak berkuasa, sindiket dipercayai membawa hanya seorang atau dua migran bagi setiap pergerakan bot laju, sebelum dipindahkan ke dalam bot lebih besar di perairan negara. Kes disiasat di bawah Seksyen 26A, 26H dan 26J ATIPSOM 2007 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Pihak polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan sindiket yang cuba mencabar undang-undang dan kedaulatan negara. Rangkaian akan dijejaki, modus operandi akan dibongkar dan mereka yang bersekongkol akan diburu untuk dibawa ke muka pengadilan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP