CID_RMP · @cidrmp

Posted 6 days ago
237.25K followers
5.85K views
144 likes
8 comments
0 shares

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗜𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗜𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗨𝗗𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗚𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟. 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲 PUTRAJAYA, 3 September 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Bilangan 1/ 2026 yang berlangsung di Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Mesyuarat berkenaan menjadi platform strategik dalam menyelaras dan memperkukuh tindakan penguatkuasaan antara jabatan serta agensi di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). Perbincangan turut memberi tumpuan kepada inisiatif, pencapaian, cabaran dan hala tuju penguatkuasaan, selain mengenal pasti jurang serta keutamaan yang perlu ditangani secara tuntas dan bersepadu. Antara yang hadir ialah Yang Arif Datuk Ahmad Sazali Omar, Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Jabatan Peguam Negara; Yang Berusaha Puan Jamillah Putit, Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Puan Masnizah Ramli Abdul Manan, Timbalan Setiausaha Bahagian, Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Kementerian Dalam Negeri, Laksamana Pertama (M) Shahref Steve Mac Queen Abdullah, Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tuan Asani Ladjani, Pengarah Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA, Jabatan Imigresen Malaysia serta Encik Zairuladira Ab. Ghani, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Turut hadir SAC Lee King Chuan, Pengarah Bahagian Siasatan Pendakwaan, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), SAC Soffian Santong, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DR. Augustine Wong Ming Kong, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Standard Perburuhan, Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Puan Rabitah Nor Othman, Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta ACP Muhd Azlan Yusoff Mohd , Wakil Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas, Bukit Aman. CP Datuk M. Kumar menegaskan bahawa setiap keputusan dan kesepakatan yang dicapai menerusi mesyuarat perlu diterjemahkan kepada penguatkuasaan yang lebih proaktif, berteraskan risikan dan berimpak tinggi. Setiap jabatan dan agensi perlu memperkukuh perkongsian maklumat, penyelarasan operasi dan kerjasama strategik, serta bergerak sebagai satu pasukan dengan matlamat dan hala tuju yang sama. Beliau turut menekankan bahawa kejayaan usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tidak seharusnya diukur melalui angka semata-mata, sebaliknya perlu berorientasikan hasil atau “result-based”. Keutamaan perlu diberikan kepada keupayaan menyelamatkan mangsa, membawa pelaku ke muka pengadilan serta melumpuhkan rangkaian sindiket yang terlibat. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP