CID_RMP · @cidrmp

Posted 1 week ago
237.28K followers
35.01K views
1.05K likes
16 comments
108 shares

𝗖𝗨𝗥𝗜 𝗦𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗥𝗜𝗠 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡; 𝟮 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗜𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 KUALA LUMPUR, 2 September 2026: Dua lelaki bersama seorang wanita tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas 12 pertuduhan melibatkan jenayah curi komponen kenderaan. Kesemua tertuduh berdepan dengan dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan bermotor, enam (6) pertuduhan pemilikan harta curi di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan serta empat (4) pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana membantu menyembunyikan harta curi. Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga lima dan tujuh tahun beserta denda bagi setiap kesalahan. Kegiatan mereka terbongkar susulan satu laporan polis yang diterima pihak polis pada 7 Ogos yang lalu. Mangsa, seorang pemilik bengkel kenderaan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, mendapati berlaku kecurian sport rim kenderaan di premis miliknya. Bertindak atas siasatan yang dijalankan serta risikan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Bahagian D4 IPD Wangsa Maju telah memberkas kesemua tertuduh di sekitar Kuala Lumpur pada 10 dan 12 Ogos yang lalu. Pihak polis turut menemukan dan merampas tayar dan sport rim dipercayai hasil curi, sebuah kenderaan serta beberapa peralatan mencuri komponen kenderaan. Tangkapan suspek-suspek ini telah berjaya menyelesaikan 12 kes kecurian sportrim kenderaan yang sering berlaku sekitar daerah Wangsa Maju. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh-tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Hakim-hakim membenarkan jamin sebanyak RM 2500 sehingga RM 9000 dan menetapkan 27 Oktober sehingga 20 November depan untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP