Posted 1 week ago
347.78K followers
7.96K views
194 likes
2 comments
5 shares
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
PUTRAJAYA, 2 September 2026 (Rabu) โ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Mr. Benjamin Whiteley, International Liaison Officer, United Kingdom National Crime Agency (NCA) yang telah disambut mesra oleh YBhg. Datoโ Lokman Effendi bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) di Ibu Pejabat JIM, Putrajaya.
Mr. Benjamin Whiteley turut diiringi oleh Mdm. Alex Wotherspoon daripada UK Home Office โ International Operations.
Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai perkara-perkara berkepentingan bersama serta meneroka ruang kerjasama yang boleh diperkasakan dalam bidang penguatkuasaan dan keimigresenan. Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen berterusan JIM dan NCA dalam memperkukuh hubungan serta kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Turut hadir mewakili JIM ialah Tuan William Syrillus Tunsin, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik; Tuan Mohamad Zam Zami bin Marzuki, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan; Tuan Mohd Syahar bin Azizan, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport; Tuan Hazizan bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Imigresen, Bahagian Perisikan dan Operasi Khas serta Tuan Azman bin Mohammad, Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen, Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA.
JIM sentiasa komited dalam memperkukuh kerjasama dengan rakan strategik antarabangsa melalui perkongsian kepakaran dan maklumat serta hubungan antara agensi ke arah mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan imigresen dan menangani cabaran jenayah rentas sempadan.
#JabatanImigresenMalaysia
#ImigresenMalaysia
#NCA
#KerjasamaAntarabangsa
#KeselamatanSempadan