Posted 1 day ago
4.25K followers
43.11K views
473 likes
9 comments
48 shares
๐ญ๐ฐ๐ญ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐, ๐ฏ๐ฌ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Seramai 141 warga asing telah dihadapkan ke Mahkamah Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Belantik, Sik, Kedah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Prosiding telah dijalankan di hadapan Yang Arif Tuan Mazdi bin Abdul Hamid, manakala prosiding pendakwaan diketuai oleh TPPI Farahafida binti Zakaria. Kesemua warga asing tersebut terdiri daripada warganegara India, Indonesia, Pakistan, Myanmar, Bangladesh dan Senegal. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 129 kes baharu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala 12 kes merupakan kes sebut semula. Bagi kes baharu di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, seramai 49 orang kena tuduh (OKT) telah dituduh. Sebahagian kes telah ditangguhkan sehingga 14 Oktober 2026 dan 21 Oktober 2026 bagi tujuan semakan dokumen. Dalam prosiding tersebut, pihak mahkamah turut menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap OKT dengan dua orang penjamin, iaitu seorang warganegara Malaysia dan majikan asal, beserta syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh mahkamah. Bagi kes baharu di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, seramai 49 OKT telah dituduh. Daripada jumlah tersebut, kes 8 OKT telah ditangguhkan sehingga 23 September 2026 dan 7.10.2026 bagi tujuan semakan dokumen. Manakala, 3 OKT telah dijatuhkan hukuman denda antara RM11,000 hingga RM13,000 dan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara antara 6 hingga 8 bulan. Sementara itu, 38 OKT telah dijatuhkan hukuman penjara antara 2 hingga 8 bulan. Bagi kes baharu di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 pula, seramai 31 OKT dituduh. Kesemua 31 OKT telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 bulan atas kesalahan yang dilakukan dan tiga OKT turut dikenakan satu sebatan. Selain itu, bagi kes sebut semula, seramai 12 OKT, terdiri daripada 3 wanita dan 9 lelaki, telah dihadapkan di hadapan Yang Arif Tuan Mazdi bin Abdul Hamid. Kesemua OKT berkenaan melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah dijatuhkan hukuman penjara antara 2 bulan hingga 13 bulan. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap warga asing yang melanggar undang-undang Imigresen akan terus dilaksanakan secara berterusan. Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan http://eapp.imi.my/spo 2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI KEDAH