Posted 2 weeks ago
237.28K followers
20.5K views
423 likes
9 comments
16 shares
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ๐ก๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐. ๐ณ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 โ CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bil. 7/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama JSJ, Menara 2, Bukit Aman. Terdahulu, PJSJ menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat SAC Mohd Hafiz Yaโacob, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, dengan disaksikan barisan kepimpinan tertinggi Jabatan Siasatan Jenayah. Mesyuarat kali ini menjadi platform penting bagi kepimpinan tertinggi JSJ dalam menilai perkembangan dan pencapaian Jabatan , menyelaras tindakan, mengenalpasti kelemahan serta memperkukuh strategi dan keupayaan jabatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang cekap, profesional dan berkesan. Datuk PJSJ turut merakamkan ucapan tahniah kepada enam pegawai kanan polis yang dinaikkan pangkat dan bertugas di jawatan baru. Mereka adalah DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), SAC Basri Sagoni Ketua Penolong Pengarah D7, SAC Zulkrnain Samsudin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Sazalee Adam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Mohd Hafiz Ya'cob Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah dan Kumarasan A/L Muniandy Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada ACP Ahmad Zamry Marinsah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka serta SUPT George Nyipa Penolong Pengarah (D3) Siasatan Hubungan Strategik Antarabangsa JSJ yang telah menerima Pingat Kebesaran Negeri Melaka baru-baru ini. Di akhir mesyuarat tersebut, PJSJ menegaskan agar seluruh kepimpinan JSJ terus memperkukuh integriti, disiplin, profesionalisme serta keberkesanan tindakan, di samping memastikan setiap arahan dan keputusan yang dipersetujui diterjemahkan kepada tindakan yang berimpak. Turut bersama dalam mesyuarat tersebut DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/ Perancangan Strategik), Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah serta Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP