Ashraf Mustaqim · @ashraf.mustaqim

Posted 2 weeks ago
61.4K followers
14.6K views
418 likes
6 comments
120 shares

𝗧𝗘𝗞𝗔𝗗 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗕𝗔𝗞𝗧𝗜, 𝗥𝗨𝗧𝗜𝗡 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛, 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗥𝗢𝗗𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗔𝗗𝗜𝗞 𝗔𝗗𝗔𝗠 Alhamdulillah, meneruskan rutin turun ke lapangan menyantuni warga masyarakat, baru-baru ini saya berkesempatan menziarahi adik Adam di Tok Mengkula. Dalam ziarah tersebut, saya turut menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda bagi membantu memudahkan pergerakan dan urusan harian adik Adam, sekali gus sedikit sebanyak meringankan keperluan keluarganya. Inilah antara ikhtiar kecil yang terus kita usahakan dari semasa ke semasa. Setiap permohonan dan keperluan yang sampai akan cuba saya santuni sedaya upaya, khususnya apabila ia melibatkan kebajikan serta keperluan asas warga dalam kawasan. Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada adik Adam dan dipermudahkan segala urusannya. Moga Allah SWT turut mengurniakan kekuatan, kesihatan dan kesejahteraan buat beliau sekeluarga. In Shaa Allah, rutin ziarah dan khidmat kepada masyarakat akan terus digerakkan selagi diberikan ruang dan kemampuan untuk berbakti. . 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗦𝗜𝗣𝗨𝗧𝗘𝗛, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔. . #KotaSiputeh #KodiangSanglangPida #ybKodiang #KotaSiputehDiHati #TheGreaterKedah