JSPT@BA Official ยท @jsptpdrmofficial

Posted 6 days ago
96.64K followers
4.8K views
146 likes
8 comments
10 shares

๐“๐šฐ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ (๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐/ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‹๐€๐‹๐” ๐‹๐šฐ๐๐“๐€๐’/ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐€๐) ๐‰๐’๐๐“ ๐“๐„๐‘๐šฐ๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐‰๐€๐‡ ๐๐€๐๐†๐Š๐”๐€๐ ๐’๐„๐‘๐šฐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ (๐ƒ.๐.๐’.๐Œ) YDH CP Datoโ€™ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), bersama YBhg. Datin Sri Dr. Rosmariza binti Datoโ€™ Haji Che Umar, Pengerusi PERKEP JSPT, serta seluruh warga JSPT Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH DCP Datuk Mohd Rozi bin Jidin, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT, atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran โ€œDatukโ€. Beliau dikurniakan D.P.S.M. dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, pada hari ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk terus mencurahkan bakti, kepimpinan dan khidmat terbaik kepada pasukan, masyarakat dan negara.