Posted 6 days ago
4.25K followers
7.4K views
123 likes
7 comments
7 shares
𝟴 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗛𝗔𝗜𝗟𝗔𝗡𝗗 𝗗𝗜𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗜𝗖𝗤𝗦 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗬𝗨 𝗛𝗜𝗧𝗔𝗠 𝗦𝗜𝗞 – Seramai 08 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Thailand telah dihantar pulang ke negara asal hari ini melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada 24 Ogos 2026. Kesemua PATI berkenaan terdiri daripada 05 lelaki dan 03 wanita yang sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Belantik, Sik, Kedah. Kesemua PATI yang dipindahkan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, antaranya memasuki negara ini tanpa pas atau permit yang sah dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh yang dibenarkan. Kesemua mereka telah selesai menjalani hukuman sebelum dipindahkan ke negara asal. Pemindahan PATI ini merupakan sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah dalam memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta menangani isu pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen negara. Jangan lupa layari Media Sosial dan Portal Rasmi JIM, klik ‘Like, Follow, Subscribe & Share’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di; https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan http://eapp.imi.my/spo @ 2026 | Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat