Posted 1 week ago
4.25K followers
866 views
17 likes
0 comments
1 shares
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐ฒ๐๐๐๐๐) ALOR SETAR, KEDAH โ Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah telah menganjurkan Sesi Taklimat Bersama Majikan berkaitan Pelaksanaan Lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Jangka Pendek Secara Dalam Talian (MySTEMP) bertempat di Dewan Serbaguna, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, Tingkat 2, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar, Kedah. Sesi taklimat ini diadakan bagi memberikan penerangan dan panduan kepada pihak majikan berhubung pelaksanaan MySTEMP bagi urusan lanjutan PLKS jangka pendek secara dalam talian. Pelaksanaan MySTEMP merupakan antara usaha Jabatan Imigresen Malaysia dalam memperkukuh transformasi digital, di samping menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat, mudah, sistematik dan efisien kepada pihak majikan. Dalam sesi ini, para majikan turut diberikan penerangan secara praktikal berkaitan proses permohonan ID, permohonan lanjutan PLKS serta kaedah pembayaran melalui MySTEMP. Pendedahan ini bertujuan memastikan pihak majikan dapat melaksanakan urusan lanjutan PLKS secara dalam talian dengan lebih teratur dan lancar. Sesi taklimat ini turut menjadi platform interaksi dua hala antara pihak jabatan dan para majikan bagi memberikan penjelasan berkaitan prosedur, keperluan permohonan serta tatacara penggunaan MySTEMP, sekali gus memastikan setiap urusan dilaksanakan mengikut ketetapan dan prosedur yang telah ditetapkan. JIM Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua majikan yang telah meluangkan masa serta memberikan komitmen untuk menghadiri sesi taklimat ini. Jangan lupa layari Media Sosial dan Portal Rasmi JIM, klik โLike, Follow, Subscribe & Shareโ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di; https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan http://eapp.imi.my/spo @ 2026 | Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah