Posted 1 week ago
61.14K followers
1.99K views
151 likes
10 comments
39 shares
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐. Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan hadir dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perarakan Maulidur Rasul SAW 1448H dan Sambutan Ambang Merdeka 2026 di Qaryah Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas. Majlis turut diserikan dengan Tausiyah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Hasnan bin Ahmad Lutfi, yang mengingatkan kita tentang pentingnya meneladani akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Turut menghidupkan suasana majlis ialah persembahan Burdah dan Selawat oleh Kumpulan Al-Wardah MJBKB, yang begitu indah dan menyentuh hati. Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Bertam, Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Utara, Masjid Al-Jamiul Badawi Kepala Batas, Komuniti Desa Madani Permatang Bertam dan Brahim's Holdings Berhad. Dalam masa yang sama, sambutan Ambang Merdeka menjadi ruang untuk kita menyemarakkan semangat patriotisme, kecintaan kepada tanah air serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Semoga majlis seperti ini terus menjadi wadah untuk kita menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW, memperkukuhkan ukhuwah sesama masyarakat dan menyuburkan semangat cintakan Malaysia. ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ู
ูุญูู
ููุฏูุ ููุนูููู ุขูู ู
ูุญูู
ููุฏู #MaulidurRasul1448H #AmbangMerdeka2026 #DemiKepalaBatas #BertamKita