Posted 3 weeks ago
61.4K followers
8.72K views
488 likes
26 comments
35 shares
๐๐ข๐ง๐ข๐ก๐-๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ก๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐ก, ๐ง๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐ช๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ก๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ Baru-baru ini, Pentadbiran DUN Kota Siputeh bersama pasukan Kesepakatan, rakan-rakan Pegawai Seranta serta komuniti Kampung Pering telah bergotong-royong membaiki sebahagian laluan yang rosak dan berlubang di kawasan berkenaan. Kesepakatan merupakan pasukan sukarelawan dalam kalangan sahabat-sahabat yang selama ini bersama membantu pelbagai program serta gerak kerja kemasyarakatan di bawah Pentadbiran DUN Kota Siputeh. Kali ini, kami turun bersama komuniti bagi menyelesaikan sendiri sebahagian masalah yang telah sekian lama diadukan penduduk. Laluan tersebut merupakan jalan ladang, namun dalam masa yang sama menjadi laluan pintas yang kerap digunakan masyarakat dari Pering menuju ke arah Padang Sera dan kawasan sekitarnya. Melihat keadaan beberapa bahagian jalan yang berlubang, pihak kami menyumbangkan simen buyung dan bersama-sama penduduk menjalankan kerja menampung bahagian yang rosak supaya laluan lebih selamat dan selesa digunakan. Status seliaan jalan ini agak rumit kerana ia merupakan laluan ladang tetapi bukan di bawah seliaan MADA, manakala urusan untuk mendapatkan pelaksanaan secara lebih menyeluruh turut melibatkan beberapa lapis pentadbiran dan birokrasi. Perkara ini telah pun kami angkat melalui saluran pentadbiran berkaitan. Namun sementara menunggu penyelesaian yang lebih kekal, apa yang mampu kami bantu dan laksanakan sendiri, kita usahakan dahulu. Jangan kerana menunggu birokrasi, masalah rakyat dibiarkan begitu sahaja. Dalam masa yang sama, ada berita baik buat warga Pering. Hasil permohonan yang kami bawa bersama Tok Penghulu Mukim Pering, Tok Penghulu Sidik, serta wakil MKK kawasan, Pak Ku Radin, Alhamdulillah sebanyak tiga batang jalan di kawasan Pering telah berjaya kita dapatkan untuk dinaik taraf, termasuk pelaksanaan jalan berturap yang lebih baik untuk kegunaan masyarakat. Ada perkara memerlukan peruntukan dan proses yang lebih besar, ada pula yang boleh kita selesaikan dengan kudrat dan ikhtiar bersama. Prinsip saya mudah, selagi ada ruang untuk menjadi pemudah cara dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat, kita usahakan sebaik mungkin. Terima kasih kepada pasukan Kesepakatan, rakan-rakan Pegawai Seranta dan seluruh komuniti yang turun berganding bahu. Kerja kita mungkin kecil pada pandangan sesetengah orang, tetapi apabila ia memudahkan urusan harian masyarakat, itulah nilai sebuah khidmat. . ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐ง ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐. . #KotaSiputeh #KodiangSanglangPida #ybKodiang #KotaSiputehDiHati #TheGreaterKedah