Posted 3 weeks ago
143.34K followers
11.65K views
256 likes
5 comments
11 shares
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ TANAH MERAH, 23 Ogos 2026โ YDH Supt. Mohd Haki bin Hasbullah, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, telah menyampaikan ceramah sempena Perasmian Majlis Peluncuran Antidadah SBP Integrasi Tanah Merah 2026 yang berlangsung di Dewan Adiluhur, SBP Integrasi Tanah Merah, Kelantan. Program itu turut dihadiri warga pendidik serta murid SBP Integrasi Tanah Merah. Antara pengisian utama ialah ceramah berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah, pencegahan buli dan jenayah seksual serta peringatan mengenai penipuan dalam talian. Dalam ceramah tersebut, YDH Ketua Polis Daerah Tanah Merah menekankan kepentingan pelajar menjauhi dadah dan gejala sosial serta membentuk diri sebagai generasi berdisiplin, berintegriti dan berakhlak. Pelajar turut digalakkan menjadi agen perubahan dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, positif dan bebas daripada dadah serta gejala sosial. Program turut diserikan dengan gimik Peluncuran Program Antidadah SBP Integrasi Tanah Merah 2026, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap bahaya dadah serta membentuk generasi perintis SBP Integrasi Tanah Merah yang mampu mencorakkan identiti dan kecemerlangan sekolah pada masa akan datang. #polistanahmerah #SBPIntegrasiTanahMerah #polisdanmasyarakatberpisah #poliskelantan