Posted 1 week ago
4.25K followers
28.63K views
521 likes
53 comments
42 shares
๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐ก ๐๐๐ก๐๐, ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก: ๐ญ๐ญ๐ฎ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐, ๐ฎ๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Seramai 112 warga asing yang terdiri daripada warganegara Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Indonesia telah dihadapkan ke Mahkamah Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Belantik, Sik, melibatkan 112 kes atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua 112 orang Orang Kena Tuduh (OKT) tersebut merupakan hasil Ops Sapu di daerah Kulim yang dijalankan oleh Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah. Prosiding telah dijalankan di hadapan Yang Arif Tuan Mazdi bin Abdul Hamid, manakala prosiding pendakwaan telah dikendalikan oleh TPPI Farahafida binti Zakaria dan PI Siti Khuzaimah binti Md Illias. Daripada keseluruhan 112 kes tersebut, seramai 37 Orang Kena Tuduh (OKT) telah didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Bagi kesalahan tersebut, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara antara tiga hingga enam bulan terhadap 7 OKT. Manakala, 30 OKT telah dikenakan denda sebanyak RM10,000, atau hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan dan kesemua OKT gagal membayar denda. Seterusnya, seramai 20 OKT telah didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Daripada jumlah tersebut, dua kes telah ditangguhkan sehingga 23 September 2026 bagi tujuan semakan dokumen, manakala tiga kes lagi ditangguhkan sehingga tarikh yang sama bagi tujuan pengemukaan fakta dan hujahan hukum. Sebanyak 15 OKT telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan setiap seorang serta satu sebatan terhadap 10 OKT. Selain itu, seramai 55 OKT telah didakwa di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua OKT mengaku tidak bersalah dan telah melantik peguam bela. Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 setiap OKT dengan dua orang penjamin, iaitu seorang majikan asal dan seorang warganegara Malaysia dan syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah. JIM Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan akan terus dilaksanakan secara berterusan tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang imigresen negara. Jangan lupa layari Media Sosial dan Portal Rasmi JIM, klik โLike, Follow, Subscribe & Shareโ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di; https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan http://eapp.imi.my/spo @ 2026 | Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah