Posted 1 week ago
945 followers
1.41K views
33 likes
0 comments
6 shares
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ UniSZA@Putrajaya | Ahad | 23 Ogos 2026 Bengkel Latihan Mengajar dan Bengkel Inovasi Pelajar telah berjaya dijalankan di UniSZA@Putrajaya bagi pelajar program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) Sesi 2025/2026 bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada pelajar sebelum menjalani latihan mengajar. Bengkel ini dimulakan dengan Taklimat Latihan Mengajar yang disampaikan oleh Penyelaras Program, Prof. Madya Ab. Aziz bin Sulaiman. Sesi ini memberi penjelasan dan panduan kepada pelajar berkaitan persediaan, peraturan serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sepanjang menjalani latihan mengajar. Seterusnya, pelajar turut mengikuti Bengkel Inovasi yang dikendalikan oleh YBrs. Dr. W Omar Ali Saifuddin bin Wan Ismail. Bengkel ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penyediaan dan pelaksanaan projek inovasi dalam pengajaran, di samping menggalakkan penerapan kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan tahap kesediaan dan keyakinan pelajar dalam menjalankan latihan mengajar dengan lebih teratur, profesional dan berkesan. Selain itu, pelajar diharapkan dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran serta pendekatan inovatif yang diperoleh sepanjang bengkel dalam situasi pengajaran sebenar, seterusnya menghasilkan pengalaman pembelajaran yang lebih kreatif, menarik dan bermakna kepada murid. #IlmuDemiFaedahInsan #EducationBeyondBoundaries #DiplomaPascasiswazahPendidikan