Posted 3 weeks ago
143.34K followers
12.55K views
354 likes
5 comments
8 shares
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ TANAH MERAH, 23 Ogos 2026 (Ahad)โ YDH Supt. Mohd Haki bin Hasbullah Ketua Polis Daerah Tanah Merah, telah menerima kunjungan daripada Pegawai Memerintah Markas Taktikal 21 RAMD, Pos Renap, Ayer Lanas, Kelantan, Lt Kol Adi Mustapha bin Arifin, bertempat di Pejabat Ketua Polis Daerah Tanah Merah. Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan kerjasama antara IPD Tanah Merah dan 21 RAMD, khususnya dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan tanggungjawab serta pemantauan keselamatan di kawasan sempadan. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada peranan 21 RAMD sebagai first layer dalam aspek pengesanan, pencegahan dan tindakan awal terhadap sebarang aktiviti atau ancaman keselamatan. Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan kepentingan koordinasi, komunikasi serta perkongsian maklumat bagi memastikan setiap penugasan di lapangan dapat dilaksanakan secara terselaras dan berkesan. Dalam pertemuan tersebut, turut disampaikan arahan YDH Ketua Polis Kelantan berkaitan keperluan supaya setiap tangkapan atau penahanan yang melibatkan kesalahan di bawah bidang kuasa agensi tertentu hendaklah dirujuk dan diserahkan kepada agensi berkenaan untuk tindakan lanjut. Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus memperkukuhkan kerjasama, mengekalkan saluran komunikasi secara terus antara pegawai bertanggungjawab serta mengadakan perbincangan dan koordinasi dari semasa ke semasa demi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan tanggungjawab sentiasa berada pada tahap yang terbaik. #polistanahmerah #21RAMD #polisdanmasyarakatberpisah