Posted 2 weeks ago
237.28K followers
46.7K views
1.31K likes
16 comments
250 shares
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗖𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗡𝗦𝗜𝗞 𝟰.𝟬 HULU LANGAT, 22 Ogos 2026 – CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) bersama isteri, Datin Shanthi A/P P. Santhanam Pillai, Pengerusi PERKEP JSJ, hadir memeriahkan Program Pertandingan Memancing anjuran Kelab Polis Forensik 4.0 yang berlangsung di Kak Ngah Sport Fishing, Kolam Air Masin, Hulu Langat. Program santai ini menjadi wadah memperkukuh semangat kekeluargaan, kerjasama serta hubungan erat dalam kalangan warga Jabatan Siasatan Jenayah, di samping memberi ruang kepada warga jabatan beriadah dalam suasana yang lebih santai dan harmoni. Acara dimulakan dengan gimik pelancaran memancing oleh PJSJ, sebelum pertandingan berlangsung. Turut diadakan cabutan bertuah, proses timbangan ikan dan penentuan markah sebelum penyampaian hadiah kepada para pemenang. Hadir sama pada program pagi ini DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) dan isteri ACP Datin Siti Rozaida Aripin, Naib Pengerusi PERKEP JSJ, DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) dan isteri Datin Siti Nurulhuda Rosly, Naib Pengerusi PERKEP JSJ, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP