KEMASOFFICIALโœ… ยท @kemajuan_masyarakat

Posted 1 week ago
19.61K followers
915 views
31 likes
2 comments
0 shares

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐€๐‹๐๐‡๐€ ๐†๐„๐ ๐“๐€๐‹๐„๐๐“๐’ @ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’: ๐‡๐”๐…๐…๐€๐™ ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐Ÿ“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐ˆ๐€๐’๐€๐‡ BANGI, 21 Ogos - Debaran semakin terasa buat 14 Huffaz Cilik berusia 5 tahun apabila mereka memasuki hari kedus Akademi Alpha Gen Talents @ KEMAS (Huffaz Cilik) Musim Ke-2 hari ini sebelum berdepan kemuncak program menerusi Showcase Road to Grand Finale, esok. Pengisian hari kedua dimulakan dengan aktiviti Langkah Ceria Huffaz dan Baca & Takluki, sebelum peserta meneruskan Slot Al-Quran Hidup โ€“ Misi Al-Masad. Pelbagai aktiviti disusun bagi memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan mencabar kepada huffaz cilik sepanjang berada di akademi. Pada sebelah petang, peserta mengikuti Langkah ke Pentas: Sesi Latihan Persembahan, diikuti Slot Buruan Huffaz Cilik. Aktiviti berkenaan memberi ruang kepada peserta mempraktikkan keyakinan, kerjasama dan kemahiran yang dipelajari sepanjang program. Menjelang malam, peserta mengikuti Misi Akhir yang merangkumi amanat daripada Murshid serta sesi raptai sebagai persediaan menghadapi Showcase Road to Grand Finale. Akademi kategori lima tahun ini berlangsung selama tiga hari sebelum kemuncak program di Auditorium Dr Zainuddin Jaafar, UIS, esok. Siapakah antara 14 Huffaz Cilik ini yang bakal menyerlah dan merebut peluang ke Grand Finale Alpha Gen Talents @ KEMAS 2026? Nantikan detik kemuncak perjalanan mereka dalam ๐’๐ก๐จ๐ฐ๐œ๐š๐ฌ๐ž ๐‘๐จ๐š๐ ๐ญ๐จ ๐†๐ซ๐š๐ง๐ ๐…๐ข๐ง๐š๐ฅ๐ž, sebelum menyaksikan ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐€๐ฅ๐ฉ๐ก๐š ๐†๐ž๐ง ๐“๐š๐ฅ๐ž๐ง๐ญ๐ฌ @ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ (๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐‚๐ข๐ฅ๐ข๐ค) ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฆ ๐Š๐ž-๐Ÿ ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐ข๐ง๐ข ๐๐ข ๐“๐• ๐Ž๐Š๐„๐˜ ๐๐š๐ง ๐‘๐“๐Œ ๐“๐•๐Ÿ. #TQKEMAS #imkemas #kemas4u #disinibermula #luarbandarsejahtera