Ashraf Mustaqim · @ashraf.mustaqim

Posted 3 weeks ago
61.4K followers
4.44K views
178 likes
7 comments
2 shares

𝗕𝗜𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 (𝑵𝒐𝒕𝒂: 𝑩𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒕𝒐𝒏𝒕𝒐𝒏 𝒗𝒊𝒅𝒆𝒐 - 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒐𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒊 𝒂𝒑𝒂 𝒂𝒈𝒆𝒏𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒖𝒔𝒖𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒎𝒂𝒔𝒖𝒌 𝒃𝒂𝒃 𝒏𝒂𝒊𝒌 𝒕𝒂𝒓𝒂𝒇 𝒌𝒂𝒘𝒂𝒔𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊 𝑱𝑻𝑷𝑫. 𝑳𝒂𝒛𝒊𝒎𝒏𝒚𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒏𝒂𝒎𝒑𝒂𝒌 𝒂𝒈𝒆𝒏𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊 𝒔𝒊𝒅𝒂𝒏𝒈 𝑫𝑼𝑵 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂, 𝒊𝒏𝒊 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒑𝒍𝒂𝒕𝒇𝒐𝒓𝒎 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 '𝒎𝒊𝒌𝒓𝒐' 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒐𝒉 𝒃𝒖𝒌𝒕𝒊 𝒔𝒖𝒂𝒓𝒂 𝒘𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑲𝒐𝒕𝒂 𝑺𝒊𝒑𝒖𝒕𝒆𝒉 𝒅𝒊𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒔𝒊𝒅𝒂𝒏𝒈 𝑫𝑼𝑵 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒖𝒓𝒂𝒕-𝒎𝒆𝒏𝒚𝒖𝒓𝒂𝒕 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒊𝒂𝒏/𝒂𝒈𝒆𝒏𝒔𝒊 𝒎𝒂𝒉𝒖𝒑𝒖𝒏 𝒍𝒊𝒃𝒂𝒕 𝒖𝒓𝒖𝒔 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒆𝒏𝒕𝒊𝒕𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒘𝒂𝒋𝒊𝒃. 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒂𝒌𝒍𝒖𝒎𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒊 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒔𝒚𝒖𝒂𝒓𝒂𝒕 𝒅𝒘𝒊-𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 𝑱𝑻𝑷𝑫 [2 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊] 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒍𝒂𝒏𝒈𝒔𝒖𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒓𝒖-𝒃𝒂𝒓𝒖 𝒊𝒏𝒊) ______________________________ Sejak Ogos 2023 hingga hari ini, genap tiga tahun saya memikul amanah mentadbir dan membawa suara rakyat Kota Siputeh. Dalam tempoh itu, pelbagai agenda pembangunan, naik taraf kemudahan dan penyelesaian isu setempat telah kita usahakan. Ada yang mengambil masa, ada yang melalui proses panjang, dan Alhamdulillah, banyak juga akhirnya menemui kejayaan. Dalam setiap perkara yang saya kongsikan kepada masyarakat, saya cuba sedaya upaya untuk tidak sekadar berkata, “ini kita yang usahakan”. Sebaliknya, saya bentangkan bukti dan kronologi. Ada rakaman perbahasan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, soalan bertulis dan jawapan rasmi, rekod Hansard, surat-menyurat kepada kementerian dan agensi, serta permohonan kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Pejabat Daerah dan jabatan berkaitan. Begitu juga melalui mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD), Focus Group, pertemuan bersama agensi, lawatan tapak dan pelbagai saluran pentadbiran yang lain. Semuanya meninggalkan rekod. Apabila ada maklum balas rasmi, tindakan susulan, lawatan teknikal dan akhirnya sesuatu projek terlaksana, rentetan itu sendiri menunjukkan bagaimana sesuatu usaha bergerak daripada permohonan kepada pelaksanaan. Sebab itu saya percaya masyarakat boleh menilai sendiri. Dalam dunia hari ini, sesiapa sahaja boleh berkata bahawa sesuatu perkara pernah diminta atau pernah diperjuangkan. Tetapi antara dakwaan dengan usaha yang benar-benar digerakkan, sudah tentu ada bezanya. Surat ada tarikhnya, mesyuarat ada minitnya, Sidang DUN ada Hansardnya, video ada rekodnya dan jawapan agensi pula mempunyai kronologinya. Ada juga sesuatu permohonan yang mungkin pernah disebut atau dikemukakan bertahun sebelumnya. Itu tidak pernah saya nafikan. Tetapi apabila sesuatu isu masih belum selesai, tugas pentadbiran semasa ialah mengambilnya, menghidupkan semula tuntutan tersebut, membuat susulan berkali-kali, membawa ke meja yang sepatutnya, menekan supaya tindakan dibuat dan memastikan ia tidak berhenti sekadar sebagai satu permohonan di atas kertas. Akhirnya, pembangunan bukan soal siapa paling kuat mendakwa. Ia soal siapa yang menggerakkan proses, siapa yang konsisten membuat susulan dan bagaimana sesuatu perkara itu akhirnya sampai kepada penyelesaian. Sebab itulah dalam setiap perkongsian saya, saya lebih selesa membiarkan dokumen, tarikh, video, rekod mesyuarat dan kronologi menjadi saksi. Saya tidak meminta masyarakat menerima sesuatu dakwaan secara membuta tuli. Lihatlah rekodnya. Telitilah kronologinya. Nilailah sendiri. Kerana bagi saya, amanah rakyat bukan dibuktikan dengan kata-kata. Amanah rakyat dibuktikan dengan kerja, rekod dan hasil. . 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗦𝗜𝗣𝗨𝗧𝗘𝗛, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔. . #KotaSiputeh #KodiangSanglangPida #ybKodiang #KotaSiputehDiHati #TheGreaterKedah