Posted 1 week ago
96.64K followers
1.73K views
59 likes
2 comments
0 shares
๐๐๐๐๐ฌ๐๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ง๐๐จ๐๐ฆ๐๐๐ก: ๐๐ก๐๐๐ข๐ง๐ ๐จ๐ก๐๐ง ๐๐ ๐ฃ๐ฉ ๐ญ๐ข๐ก ๐จ๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฏ, ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ง๐๐จ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ฆ๐จ๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก Kuala Lumpur, 21 Ogos 2026 โ Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), YDH DCP Mohd Rozi bin Jidin telah menyampaikan Surat Penghargaan bagi pihak Pengarah JSPT kepada tiga anggota Unit EMPV Zon Utara 3, Cawangan Penguatkuasaan, JSPT Bukit Aman, iaitu Sjn Yufazlee bin Sulaiman, Kpl Shah Rizal bin Shahidan dan L/Kpl Muhammad Farhan Faiz bin Mohd Radhi dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JSPT, Aras 21, Menara 1, Bukit Aman. Pengiktirafan tersebut diberikan atas kejayaan anggota Unit EMPV Zon Utara 3, Cawangan Penguatkuasaan ketika dalam perjalanan ke IPD Taiping, Perak. Anggota telah mengesan sebuah MPV dalam keadaan mencurigakan dan menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu serta kenderaan berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 171 karton rokok yang disyaki tidak mempunyai cukai Kastam Malaysia ditemui. Kejayaan tersebut mencerminkan tahap kecekapan, keberanian dan komitmen tinggi anggota JSPT dalam melaksanakan tugas, selain memperkukuhkan usaha PDRM dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Hadir bersama pada majlis tersebut ialah YDH ACP Fauzi bin Osman, Timbalan Pengarah II JSPT, YDH ACP Shankar a/l Sanrakasa, Ketua Urus Setia JSPT serta pegawai-pegawai kanan, anggota dan pegawai awam JSPT Bukit Aman.