KEMASOFFICIALโœ… ยท @kemajuan_masyarakat

Posted 1 week ago
19.61K followers
1.38K views
55 likes
1 comments
11 shares

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐€๐‹๐๐‡๐€ ๐†๐„๐ ๐“๐€๐‹๐„๐๐“๐’ @ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’: ๐‡๐”๐…๐…๐€๐™ ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐Ÿ“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐”๐‹๐€๐Š๐€๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ BANGI, 20 Ogos - Seramai 14 Huffaz Cilik berusia lima tahun memulakan perjalanan mereka dalam Akademi Alpha Gen Talents @ KEMAS (Huffaz Cilik) Musim Ke-2 yang berlangsung di Auditorium Mohd Adanan Isman, Universiti Islam Selangor (UIS), hari ini. Sesi pagi dimulakan dengan Sesi Ramah Mesra Bersama Mudir AAGT, YBhg Prof Madya Datoโ€™ Dr Mohd Farid Ravi bin Abdullah, yang juga Naib Canselor UIS. Sesi ini bagi menyelaras persediaan logistik dan cabutan giliran peserta, selain membina keyakinan huffaz cilik menerusi sesi suai kenal bersama barisan pengurusan akademi. Anak-anak ini turut dibimbing oleh Murshid, PU Hafeez dan Fasilitator daripada Yayasan Pahang sepanjang pelaksanaan akademi. Kesemua peserta terbabit merupakan huffaz cilik terbaik yang mewakili negeri masing-masing, dipilih daripada kira-kira 120,000 kanak-kanak di 8,245 TABIKA KEMAS yang melaksanakan Program Pra Tahfiz. Kemuncak sesi pagi menyaksikan Sesi Cabutan Giliran Huffaz Cilik sebelum peserta meneruskan pelbagai pengisian sepanjang akademi yang berlangsung selama tiga hari sehingga 22 Ogos. Pelbagai aktiviti berkaitan al-Quran disusun sebelum kemuncaknya menerusi Showcase Road to Grand Finale. Hanya enam peserta terbaik akan dipilih untuk mara ke peringkat Grand Finale Alpha Gen Talents @ KEMAS 2026. ๐’๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐‚๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ข๐ง๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐€๐ฅ๐ฉ๐ก๐š ๐†๐ž๐ง ๐“๐š๐ฅ๐ž๐ง๐ญ๐ฌ @ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ (๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐‚๐ข๐ฅ๐ข๐ค) ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฆ ๐Š๐ž-๐Ÿ, ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ž๐ฉ๐ข๐ฌ๐จ๐ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐ข๐ง๐ข ๐๐ข ๐’๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐Ž๐Š๐„๐˜ ๐๐š๐ง ๐‘๐“๐Œ ๐“๐•๐Ÿ. #TQKEMAS #imkemas #kemas4u #disinibermula #luarbandarsejahtera