Posted 3 weeks ago
61.4K followers
18.41K views
956 likes
61 comments
88 shares
๐๐๐ฆ๐๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก, ๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ก ๐๐ช๐๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ Alhamdulillah, hasil susulan berterusan melalui sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD), surat-menyurat serta pertemuan dengan pelbagai agensi, satu demi satu permohonan pembangunan dan penambahbaikan kemudahan awam di Kota Siputeh berjaya digerakkan. Antaranya ialah kemudahan lif di Stesen Keretapi Kodiang yang sekian lama tidak disediakan. Selepas permohonan dan tuntutan dibuat, projek menyediakan dua unit lif penumpang serta penambahbaikan kemudahan mesra OKU akhirnya berjaya dilaksanakan dan kini masih dalam proses penyiapan. (Railway Assets Corporation) Kemudahan ini amat penting khususnya kepada warga emas, ibu mengandung, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta penumpang yang mempunyai kesukaran untuk bergerak antara platform. Perkara asas seperti ini memang sewajarnya tersedia sejak awal dan sebab itu kita terus membawa serta memperjuangkannya sehingga dilaksanakan. Terbaharu, hasil susulan Mesyuarat JTPD, permohonan pemasangan lima batang lampu jalan di laluan menuju ke Stesen Keretapi Kodiang juga bakal dilunaskan melalui penyelarasan bersama Pejabat Daerah Kubang Pasu, Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). (KPKT) Inilah antara usaha yang terus saya bawa sebagai ADUN Kota Siputeh. Ada kemudahan yang perlu dinaik taraf, ada yang perlu dibaiki, malah ada yang tidak pernah wujud sebelum ini dan perlu kita usahakan supaya diwujudkan demi keselesaan serta keselamatan masyarakat. In Shaa Allah, satu demi satu kita usahakan. Moga Allah SWT terus membuka jalan dan mempermudahkan segala ikhtiar untuk membawa lebih banyak pembangunan, kemudahan dan manfaat kepada seluruh warga Kota Siputeh. . ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐ง ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐. . #KotaSiputeh #KodiangSanglangPida #ybKodiang #KotaSiputehDiHati #TheGreaterKedah