JSPT@BA Official ยท @jsptpdrmofficial

Posted 1 week ago
96.64K followers
2.28K views
67 likes
4 comments
1 shares

๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐’๐๐“ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐‰๐€๐ƒ๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐Š๐„๐’ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐“ Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), YDH CP Datoโ€™ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali, hadir ke lokasi kejadian di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur bagi meninjau situasi serta mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes kemalangan maut yang berlaku pada 19 Ogos 2026. Kejadian melibatkan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia, dua (2) buah kereta dan empat (4) orang pejalan kaki, mengakibatkan tiga (3) orang mangsa meninggal dunia manakala seorang (1) lagi mengalami kecederaan. Dalam kesempatan tersebut, YDH Pengarah JSPT turut memberikan kenyataan media berhubung perkembangan siasatan dan tindakan yang telah diambil terhadap kes berkenaan. JSPT sentiasa komited memastikan setiap kes kemalangan disiasat secara telus dan profesional serta tindakan sewajarnya diambil mengikut peruntukan undang-undang.