Posted 3 weeks ago
61.4K followers
9.51K views
472 likes
19 comments
52 shares
๐ง๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ง๐ ๐ญ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ก๐: ๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ก, ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก Alhamdulillah, selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada lebih 250 penerima sekitar Keplu, Pering, Ah dan Putat baru-baru ini, rutin bakti diteruskan dengan turun sendiri menziarahi warga Bukit Kalong. Hampir 30 buah rumah saya kunjungi satu persatu untuk menyampaikan sumbangan, bertanya khabar serta melihat sendiri keadaan dan keperluan penduduk di sana. Bukit Kalong mempunyai cabarannya tersendiri apabila sebahagian penduduk telah sekian lama menetap di atas tanah rizab. Atas sebab itu, kawasan ini antara lokasi yang saya bawa perhatian kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, selain Kuala Sanglang dan Kuala Kerpan, bagi mengusahakan penyelesaian termasuk permohonan Lesen Pendudukan Sementara atau TOL. Status tanah sebegini kadangkala turut menyukarkan penduduk apabila berdepan musibah, khususnya dalam urusan mendapatkan bantuan selepas kejadian bencana. Namun Alhamdulillah, melalui kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Pejabat Daerah serta agensi berkaitan, beberapa bantuan sebelum ini tetap berjaya kita usahakan agar penduduk yang ditimpa kesusahan tidak dibiarkan tanpa pembelaan. Dalam ziarah kali ini, antara perkara yang dibangkitkan ialah keperluan batu kasaran di kawasan surau yang sering berlecah dan bertakung air. Saya turun melihat sendiri keadaannya dan Alhamdulillah, permohonan tersebut terus kita usahakan sehingga sumbangan batu kasaran dapat disampaikan bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan. Beberapa keperluan lain turut kita bantu, termasuk hal berkaitan pendidikan anak-anak, urusan khairat, kebajikan keluarga serta bantuan seperti kerusi roda. Bagi saya, turun ke lapangan bukan sekadar hadir membawa sumbangan, tetapi untuk mendengar sendiri masalah rakyat, menyelesaikan apa yang boleh diselesaikan segera dan membawa perkara lebih besar kepada pihak yang berkenaan. Itulah tekad bakti yang kita pegang. Turun, dengar, bantu dan perjuangkan. In Shaa Allah, nasib serta kebajikan warga Bukit Kalong akan terus diberi perhatian. Selagi diberikan amanah dan kemampuan, saya akan terus berusaha sebaiknya memastikan suara warga Kota Siputeh tidak dipinggirkan dan keperluan mereka terus diperjuangkan. . ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐ง ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐. . #KotaSiputeh #KodiangSanglangPida #ybKodiang #KotaSiputehDiHati #TheGreaterKedah