Posted 1 week ago
4.25K followers
6.3K views
139 likes
8 comments
3 shares
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ง๐๐จ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก: ๐ญ๐ฌ๐ฌ ๐ฃ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐ถ๐ธ, ๐ญ๐ต ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Seramai 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pelbagai warganegara telah dipindahkan dan dihantar pulang ke negara asal masing-masing hari ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1 dan KLIA2). Kesemua PATI yang dipindahkan terdiri daripada 6 9 lelaki, 30 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, melibatkan warganegara Myanmar dan Filipina. Mereka sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Belantik, Sik, Kedah. Kesemua PATI berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, antaranya masuk ke Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan tinggal di negara ini selepas tamat tempoh yang dibenarkan. Kesemua mereka telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang sebelum proses pemindahan dilaksanakan. Kos tiket penerbangan ditanggung oleh tahanan sendiri, ahli keluarga serta Kedutaan negara masing-masing. Proses pemindahan kali ini diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Tuan Kasturi bin Azmi, dengan dibantu oleh 15 pegawai imigresen lain-lain pangkat. Sebagai langkah penguatkuasaan berterusan, kesemua PATI yang dipindahkan turut dikenakan tindakan senarai hitam dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menghalang sebarang cubaan memasuki semula Malaysia pada masa akan datang. Program pemindahan PATI ini merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan berterusan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah dalam usaha membanteras kehadiran dan aktiviti PATI di negara ini. JIM Negeri Kedah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan, pengesanan, penahanan, pendakwaan dan penghantaran pulang PATI bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kedaulatan Malaysia terus terpelihara. Ikuti Media Sosial dan Portal Rasmi JIM Negeri Kedah: https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan: Sistem Pertanyaan Online (SPO) http://eapp.imi.my/spo ยฉ๏ธ 2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah