Posted 1 month ago
15.98K followers
620 views
23 likes
3 comments
3 shares
⚡️𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈, 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐑𝐌𝐎𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈⚡️ 𝐂𝐚𝐦𝐞𝐫𝐨𝐧 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐥𝐚𝐧𝐝𝐬 | 𝟏𝟖 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 Dalam usaha memperkukuh jaringan strategik dan menyemarakkan budaya dialog sosial, 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐉𝐏𝐏𝐌) bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah dijemput oleh 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 (𝐓𝐍𝐁) bagi menjayakan Program Lawatan Harmoni Tahun 2026 di Stesen Janakuasa Ulu Jelai, Cameron Highlands, Pahang. Program ini bukan sekadar sebuah lawatan, malah menjadi 𝐰𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐥𝐚𝐧𝐝𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐥𝐨𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐢𝐟. Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan industri yang harmoni, progresif dan berdaya tahan demi kesejahteraan warga kerja serta kemajuan organisasi. 🌱 Antara pengisian program ialah sesi dialog sosial, aktiviti simbolik penanaman pokok sebagai manifestasi komitmen terhadap kelestarian alam sekitar serta lawatan teknikal ke Stesen Janakuasa Ulu Jelai. Melalui pendekatan turun padang dan keterlibatan secara langsung bersama pemegang taruh, JPPM terus memperkasakan peranannya dalam membina jambatan persefahaman, menyuburkan kepercayaan serta memperkukuh keharmonian perusahaan. 🤝 Sinergi diperkasa, dialog diperkukuh, keharmonian perusahaan terus dipacu. #JPPM #KESUMA #LawatanKeharmonian2026 #HubunganIndustriHarmoni #DialogSosial https://www.facebook.com/share/v/1GYVum8bu9/?mibextid=wwXIfr