CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 3 days ago
236.23K followers
5.47K views
141 likes
1 comments
6 shares

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—œ ๐—•๐—”๐—๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ฅ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—˜๐—ž๐—” ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” AYER KEROH, 17 Ogos 2026: Dua lelaki tempatan berusia 45 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas kesalahan melakukan samun berkumpulan. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 392/34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh 14 tahun, denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan. Mengikut fakta kes yang dikemukakan, mereka didakwa melakukan jenayah berkenaan di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Maju, Jasin, Melaka pada malam 6 Ogos yang lalu dan melibatkan anggaran kerugian lebih kurang RM1,200.00. Bertindak atas laporan polis yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jasin, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tangkak dan Balai Polis Jasin, telah berjaya memberkas kedua-dua tertuduh di dua lokasi berasingan iaitu di Jasin, Melaka dan Sagil, Tangkak, Johor. Pihak polis turut merampas sebuah motosikal, sebilah pisau, dua unit telefon bimbit, beberapa helai pakaian serta barangan milik mangsa, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Dalam kamar pertuduhan hari ini, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Tiada jaminan ditawarkan oleh Hakim Rohatul Akmar Abdullah dan tarikh sebutan baru ditetapkan pada 21 September depan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP