CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 5 days ago
236.23K followers
6.18K views
156 likes
4 comments
3 shares

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—•๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› (๐—ฃ๐—๐—ฆ๐—) KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) menerima kunjungan hormat Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman. Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye hadir bersama Dato' Teh Tai Yong, Penasihat Undang-Undang PIKS dan Encik Chan Wai Ming, Naib Pengerusi Gabungan Persatuan Peniaga Kunci Malaysia. Pertemuan tersebut menjadi platform perkongsian pandangan mengenai isu keselamatan masyarakat, pencegahan jenayah serta usaha memperkukuh kesedaran dan penglibatan komuniti dalam mewujudkan persekitaran yang lebih selamat. Kunjungan hormat ini turut mencerminkan kepentingan jalinan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia dan pemimpin masyarakat dalam memperkukuh pendekatan pencegahan jenayah melalui penglibatan serta kesedaran bersama masyarakat. Turut hadir, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), SAC Mohamad Razali Taib Ketua Penolong Pengarah Urusetia, SAC Noor Dellhan Yahaya Ketua Penolong Pengarah D4 dan SAC Junainah Kasbolah Ketua Penolong Pengarah D5 JSJ Bukit Aman. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP