Posted 2 weeks ago
945 followers
642 views
15 likes
0 comments
2 shares
𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 (𝐃𝐏𝐏) 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 📅 16 Ogos 2026 (Ahad) 📍 UniSZA@Putrajaya & Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya Kejohanan Boling Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat kesukanan dan kebersamaan warga Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) Semester II Sesi 2025/2026. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat dan ketangkasan fizikal, malah turut memperkukuh semangat berpasukan, kerjasama, disiplin diri serta kemahiran pengurusan dalam kalangan para pelajar. Penganjuran aktiviti sebegini juga memberi pendedahan kepada bakal pendidik mengenai pengurusan dan pengendalian sesebuah kejohanan yang boleh diaplikasikan dalam dunia pendidikan kelak. Majlis dimulakan di UniSZA@Putrajaya dengan ucapan Pengarah Program Kejohanan Boling DPP, Saudara Muhammad Amru bin Omar, diikuti ucapan Penyelaras Program DPP, YBrs. Prof. Madya Ab. Aziz bin Sulaiman. Majlis perasmian Kejohanan Boling DPP telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P). Majlis kejohanan kemudiannya diteruskan di Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya dengan gimik perasmian melalui lontaran boling oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin, Pengarah P2P dan diiringi oleh YBrs. Prof. Madya Ab. Aziz bin Sulaiman, Penyelaras Program DPP serta YBrs. Prof. Madya Dr. Hanif bin Md. Lateh @ Junid, Timbalan Pengarah, Pemindahan Ilmu, P2P. Kejohanan ini disertai oleh para pelajar DPP UniSZA@Putrajaya sebagai sebahagian daripada Penilaian Berterusan (Continuous Assessment) bagi subjek DWP 10603, yang mensyaratkan penganjuran kejohanan sukan sebagai tugasan berkumpulan. Kejohanan Boling Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) melabuhkan tirainya dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Turut hadir memeriahkan program ialah para pensyarah Program DPP, Puan Norsuhana Mazaruddin, Ketua Pentadbir UniSZA@Putrajaya, Puan Nor Silawati binti Wahab, Penolong Pendaftar P2P, serta staf UniSZA@Putrajaya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar DPP yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta membuktikan bahawa kecemerlangan seorang pendidik bukan sahaja terserlah dalam bidang akademik, malah turut merangkumi aspek kepimpinan, kerjasama, disiplin dan kecergasan diri. 🎳👏 #IlmuDemiFaedahInsan #EducationBeyondBoundaries #DiplomaPascasiswazahPendidikan #BOLINGDPP2026