Posted 2 weeks ago
4.25K followers
1.19K views
15 likes
1 comments
2 shares
๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐ช๐๐ โ๐ฉ๐ข๐๐๐ ๐ข๐ ๐ง๐๐ ๐ฆ๐ง๐๐๐" ๐๐ก๐๐ ๐๐จ๐๐๐ง, ๐ญ๐ฒ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Pengacara Perkhidmatan Awam (PPPA) telah menganjurkan Kursus Pengacaraan Perkhidmatan Awam (Voice Of The Stage) bertempat di Auditorium Wisma Persekutuan Anak Bukit. Kursus ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Ridzzuan bin Mohd Zain, A.M.K., Pengarah Imigresen Negeri Kedah. Kursus yang berlangsung selama satu hari ini terbuka kepada penjawat awam di Zon Utara dengan penyertaan seramai 130 orang peserta. Antara objektif kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam protokol dan etiket majlis rasmi, menguasai teknik voice-over dan pengeluaran suara, menyediakan skrip majlis serta meningkatkan keupayaan dalam pengurusan krisis di pentas. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Sophian bin Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, yang turut berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan teknik pengacaraan profesional dalam perkhidmatan awam. Program ini diharapkan dapat memperkasa kompetensi penjawat awam dalam bidang pengacaraan serta meningkatkan keyakinan dan profesionalisme ketika mengendalikan majlis rasmi. Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah ๐ https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan: ๐ http://eapp.imi.my/spo @2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI KEDA