Posted 1 week ago
236.23K followers
42.09K views
1.54K likes
14 comments
260 shares
๐ข๐ฃ ๐ก๐ข๐๐ (๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐๐จ๐ฅ๐๐ก) ๐ข๐๐๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐ฃ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ข๐ก๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ SELANGOR, 15 Ogos 2026: Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor telah menggerakkan Op Noda (Pusat Hiburan) pada awal pagi tadi, di sekitar negeri Selangor. Serbuan secara serentak telah dijalankan ke atas empat buah premis pusat hiburan, yang dipercayai terkait dengan kegiatan kongsi gelap, sindiket jenayah terancang serta judi dan maksiat. Seramai 12 individu telah ditahan, terdiri daripada 7 lelaki dan 5 wanita, dan turut melibatkan beberapa warga asing antaranya dari Indonesia, Myanmar, Sri Lanka dan India. Beberapa kertas siasatan telah dibuka, antaranya di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan khidmat persundalan, Seksyen 6(i)(c) Akta Imigresen 1963 kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah serta Seksyen 76 Akta Eksais 1976, kerana menjual minuman keras tanpa permit yang sah. Premis-premis ini turut dikesan beroperasi tanpa sebarang lesen dan beroperasi melebihi tempoh masa yang dibenarkan. Beberapa rampasan barang kes turut dirampas antaranya peralatan elektronik dan minuman keras. Pihak Polis Diraja Malaysia, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah akan senantiasa bersikap proaktif dalam membanteras sebarang kegiatan jenayah dalam masyarakat. Orang ramai diminta bekerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat kegiatan jenayah agar tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dapat diambil dengan kadar yang segera. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP