jimkedah ยท @jim.kedah

Posted 2 weeks ago
4.25K followers
3.26K views
90 likes
12 comments
18 shares

๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ:๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฐ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah melalui Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah telah menjalankan OPS SAPU di sebuah tapak pembinaan di Pantai Tengah, Pulau Langkawi, hasil daripada maklumat yang diterima. Operasi bermula pada jam 3.15 petang dan melibatkan seramai 15 pegawai JIM Negeri Kedah. Sebanyak satu (1) premis telah diperiksa dengan jumlah 129 orang diperiksa, terdiri daripada 8 warga Malaysia, 100 warga Bangladesh, 2 warga Myanmar dan 19 warga Indonesia. Hasil pemeriksaan, seramai 104 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) lelaki telah ditahan, terdiri daripada 91 warga Bangladesh dan 13 warga Indonesia. Kesemua PATI yang ditahan berumur antara 22 hingga 57 tahun. Kesemua PATI yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Sebanyak satu (1) Borang IMM.29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan sepanjang tempoh pemeriksaan. Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Belantik, Sik, Kedah untuk tindakan dan siasatan lanjut. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan tanpa sebarang kompromi bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini. Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana majikan atau individu yang didapati menggaji, melindungi atau memberi perlindungan kepada warga asing yang melanggar undang-undang imigresen. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehadiran PATI atau sebarang pelanggaran undang-undang imigresen disaran menyalurkan maklumat kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah melalui talian 04-733 3302, e-mel [email protected] atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://imi.spab.gov.my. Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah: https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO): http://eapp.imi.my/spo ยฉ๏ธ 2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI KEDAH