jimkedah ยท @jim.kedah

Posted 2 weeks ago
4.25K followers
5.34K views
124 likes
12 comments
2 shares

๐Ÿณ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ๐—›๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š, ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—๐—œ๐—  ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ž, ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Seramai 76 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pelbagai warganegara telah dihantar pulang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1 dan KLIA2) yang terdiri daripada 67 lelaki, 8 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dari Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia, China, Vietnam, Tunisia dan Mesir. Kesemua PATI telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang sebelum proses pemindahan dilaksanakan dan sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Belantik, Sik, Kedah. Kos tiket penerbangan ditanggung oleh tahanan sendiri, ahli keluarga serta Kedutaan negara masing-masing. Sebagai langkah penguatkuasaan berterusan, kesemua PATI yang dipindahkan turut dikenakan tindakan senarai hitam dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menghalang sebarang cubaan memasuki semula Malaysia pada masa akan datang. Program pemindahan PATI ini merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan berterusan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah dalam usaha membanteras kehadiran dan aktiviti PATI di negara ini. JIM Negeri Kedah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan, pengesanan, penahanan, pendakwaan dan penghantaran pulang PATI bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kedaulatan Malaysia terus terpelihara. Ikuti Media Sosial dan Portal Rasmi JIM Negeri Kedah: https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan: Sistem Pertanyaan Online (SPO) http://eapp.imi.my/spo ยฉ๏ธ 2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah