Posted 1 week ago
236.23K followers
28.3K views
854 likes
10 comments
253 shares
[ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ ] ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐๐๐ฃ๐จ๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ฃ๐๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ ๐ฃ๐ข๐ ๐ฐ๐ด ๐๐๐ JOHOR BAHRU, 12 Ogos 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), hari ini mentaklimatkan kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan dua warga Singapura yang menjadi mangsa penculikan bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak SGD80,000, selain menahan enam warga tempatan dalam tempoh kurang 48 jam. Kes terbongkar selepas Polis Johor menerima laporan pada 10 Ogos 2026 daripada seorang wanita warga Singapura yang memaklumkan anak lelakinya berusia 32 tahun, bersama kekasihnya yang berusia 33 tahun, telah diculik oleh suspek tidak dikenali di sekitar Johor Bahru. Bertindak pantas, satu pasukan khas melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan JSJ Johor telah digerakkan. Hasil risikan dan tindakan operasi, serbuan dilakukan sekitar jam 6.00 petang pada 11 Ogos 2026 di sebuah pasar raya di Nusa Bestari, Iskandar Puteri ketika urusan pembayaran wang tebusan sedang dijalankan. Operasi tersebut berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa serta menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun. Mangsa lelaki ditemukan mengalami kecederaan pada kedua-dua bahagian paha dipercayai akibat kelaran senjata tajam. Susulan tangkapan itu, beberapa siri serbuan diteruskan di sekitar Skudai yang membawa kepada penahanan empat lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 32 hingga 46 tahun, menjadikan keseluruhan enam suspek berjaya ditangkap. Dalam operasi berkenaan, polis merampas pelbagai barangan antaranya telefon bimbit, wang tunai, sebuah kenderaan Perodua Axia, seutas rantai, jam tangan jenama Rolex serta beberapa barangan lain, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM264,440. Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk mendapatkan wang tebusan. Dalam perkembangan sama, mangsa lelaki turut direman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, manakala mangsa wanita direman selama empat hari selepas ujian saringan awal air kencing didapati positif methamphetamine. PJSJ menegaskan bahawa siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian serta mengesan suspek lain yang masih bebas. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP