Posted 1 week ago
236.13K followers
10K views
377 likes
6 comments
44 shares
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐ฃ๐๐๐จ๐ก๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ โ๐๐ฆ ๐ก๐ข๐ง ๐ ๐๐ข๐๐โ KUALA LUMPUR 11 Ogos 2026 โ CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Trailer Filem "IS NOT A JOKE", sebuah karya terbitan Dream Film Sdn. Bhd. dengan kerjasama Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Majlis turut dihadiri DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan), SAC Afzanizar Ahmad Pemangku Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Ketua Penolong Pengarah D7, SAC Siti Kamsiah Hassan Ketua Penolong Pengarah D11, Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari setiap Kontinjen. Hadir sama Encik Choong Lin Loong Pengarah Dream Film Sdn Bhd., Puan Nurul Husna Awang Presiden Tribunal Anti Buli, barisan pelakon utama serta rakan-rakan media. Turut berlangsung pengenalan barisan pelakon utama dan tayangan trailer filem "IS NOT A JOKE", sebelum acara kemuncak iaitu ucapan perasmian oleh CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu. Dalam ucapannya, CP Datuk M. Kumar menegaskan bahawa "IS NOT A JOKE" bukan sekadar sebuah karya hiburan, sebaliknya merupakan karya advokasi yang membawa mesej pencegahan jenayah yang jelas kepada masyarakat, khususnya generasi muda, bahawa buli bukan satu gurauan. Menurut beliau, PDRM kekal teguh dalam memastikan keselamatan rakyat, namun tanggungjawab menjaga keselamatan bukan terletak kepada pihak polis semata-mata. PJSJ turut merakamkan penghargaan kepada Dream Film Sdn. Bhd. atas kepercayaan memilih Jabatan Siasatan Jenayah melalui Bahagian D11 sebagai rakan kolaborasi strategik dalam penghasilan filem "IS NOT A JOKE". Filem ini bakal ditayangkan pawagam pada hujung December tahun ini. Buli bukan gurauan. Jenayah bukan untuk didiamkan. Keselamatan wanita, kanak-kanak dan generasi masa depan adalah tanggungjawab kita bersama. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP