๐ข๐ฃ๐ฆ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ฅ: ๐ต๐ฐ ๐ฃ๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐ข๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐ฅ ๐ฆ๐๐ง๐๐ฅ, ๐ญ๐ญ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah telah melaksanakan Ops Mahir dan Ops Sapu di beberapa lokasi sekitar Kuala Muda, Kubang Pasu dan Langkawi, Kedah, hasil risikan serta maklumat awam bagi mengesan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang melakukan pelanggaran undang-undang imigresen. Operasi yang dijalankan pada 10 dan 11 Ogos 2026 itu melibatkan seramai 41 pegawai penguat kuasa JIM Negeri Kedah, terdiri daripada 25 pegawai Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasa JIM Kedah dan 16 pegawai Unit Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Cawangan Langkawi. Sepanjang operasi, sebanyak 22 premis telah diperiksa melibatkan 227 orang yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan warga asing. Hasil operasi tersebut, seramai 94 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut. Mereka terdiri daripada 84 lelaki dan 10 wanita, melibatkan 45 warga Bangladesh, 26 warga Myanmar, 18 warga Indonesia dan lima warga Pakistan. Antara lokasi yang diperiksa termasuk tapak pembinaan, rumah kongsi, premis perniagaan dan kediaman di sekitar Sungai Petani, Kepala Batas, Jitra, Bukit Kayu Hitam dan Langkawi. Kesemua PATI yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, antaranya memasuki dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah serta melanggar syarat-syarat pas yang telah dikeluarkan. Dalam operasi yang sama, sebanyak enam (6) Saman Kepada Saksi (Borang Imm.29) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan. Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Belantik bagi tahanan daripada operasi JIM Kedah dan Depot Imigresen Langkawi bagi tahanan daripada operasi di Langkawi untuk proses dokumentasi, siasatan serta tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. OKT yang ditahan berumur antara 18 hingga 59 tahun. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan tanpa sebarang kompromi bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini. Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana majikan atau individu yang didapati menggaji, melindungi atau memberi perlindungan kepada warga asing yang melanggar undang-undang imigresen. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehadiran PATI atau sebarang pelanggaran undang-undang imigresen disaran menyalurkan maklumat kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah melalui talian 04-7333302, e-mel [email protected] atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://imi.spab.gov.my. Kerjasama masyarakat amat dihargai dalam memastikan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan negara terus terpelihara. @2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI KEDAH Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan http://eapp.imi.my/spo