Posted 2 weeks ago
236.23K followers
28.5K views
1K likes
13 comments
168 shares
๐ข๐ฃ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฃ๐๐๐จ ๐ ๐๐๐ (๐ก๐ข๐๐) ๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ง ๐๐๐ก ๐ง๐ก๐ ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ข๐ก๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ SELANGOR, 7 Ogos 2026: Cawangan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) bersama Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menggerakkan satu Op Bersepadu Mega (Noda) pada awal pagi tadi, di sekitar negeri Selangor. Dalam serbuan yang dijalankan secara serentak bermula jam 10.30 malam 6 Ogos yang lalu, sebanyak enam (6) serbuan telah digerakkan melibatkan tangkapan seramai 59 orang, terdiri daripada 17 lelaki dan 42 orang wanita. Antara premis yang diserbu adalah pusat hiburan dan pusat refleksologi, yang dipercayai didalangi warga asing yang menjalankan aktiviti hiburan dan pelacuran. Beberapa kertas siasatan telah dibuka, antaranya di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan khidmat persundalan, Seksyen 15(i)(c) Akta Imigresen 1963 kerana tinggal melebihi tempoh masa yang dibenarkan, serta Seksyen 6(i)(c) Akta Imigresen 1963 kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah. Beberapa rampasan barang kes turut dirampas antaranya peralatan elektronik, minuman keras, serta beberapa peralatan bagi aktiviti persundalan. Melalui Op Bersepadu ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyita premis yang terlibat, manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bertindak memotong bekalan elektrik di premis-premis berkenaan. Pihak Polis Diraja Malaysia, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah akan senantiasa bersikap proaktif dalam membanteras sebarang kegiatan jenayah dalam masyarakat. Orang ramai diminta bekerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat kegiatan jenayah agar tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dapat diambil dengan kadar yang segera. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP