Posted 1 week ago
236.23K followers
5.67K views
120 likes
1 comments
6 shares
๐๐๐ก๐๐-๐๐๐ก๐๐ ๐ฎ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐๐ ๐๐ข๐๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐ก๐; ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐จ ๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2026: Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 44 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan pengabaian terhadap anak majikannya yang berusia 2 tahun. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Pada 28 Julai yang lalu, mangsa ditemui lemas dalam kolam renang sebuah kondominium di Kiara Bay, Kuala Lumpur. Tertuduh didakwa telah meninggalkan mangsa bersama abangnya di kolam tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan dan pengawasan, untuk ke tandas. Sewaktu tertuduh kembali, tertuduh mendapati mangsa telah lemas lalu mengeluarkannya dari kolam berkenaan. Mangsa telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang untuk rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia pada awal pagi 29 Julai yang lalu. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Hakim Suhaila Haron menjatuhkan hukuman penjara selama 4 tahun dari tarikh mula ditangkap. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP