532 views
17 likes
1 comments
2 shares

๐Ÿ“Œ๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐€๐Š๐“๐€ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐†๐ˆ๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ [๐€๐Š๐“๐€ ๐Ÿ–๐Ÿ•๐Ÿ] ๐๐€๐†๐ˆ ๐™๐Ž๐ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡ Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) telah menyertai Sesi Libat Urus Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] bagi Zon Tengah yang berlangsung pada 4 Ogos 2026 di Mรถvenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang. Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kefahaman pegawai mengenai pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] di samping memperkukuh peranan JPPM dalam menyokong pelaksanaan dasar serta melindungi kepentingan pekerja dan penyedia platform Gig. Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Puan Yasmin binti Ramli mengenai Akta Pekerja Gig 2025, diikuti pembentangan oleh Puan Zainab binti Kamar yang menghuraikan peranan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dalam pelaksanaan akta tersebut. Seterusnya, Puan Zahrahtul Najihah Binti Haji Razi menyampaikan pembentangan berkaitan peranan Jabatan Tenaga Kerja dalam memastikan pelaksanaan Akta 872 dapat dilaksanakan secara berkesan. Semoga sesi libat urus ini dapat memperkukuh kefahaman pegawai serta mempererat kerjasama antara agensi dalam merealisasikan pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 demi mewujudkan ekosistem pekerjaan gig yang lebih adil, mampan dan berdaya saing. #JPPMalaysiaOfficial #JPPM #AktaPekerjaGig2025 #Akta872 #PekerjaGig https://www.facebook.com/share/v/1Cr5gFE4Qn/?mibextid=wwXIfr