Posted 1 month ago
61.26K followers
12.49K views
336 likes
31 comments
35 shares
๐ด๐ฏ ๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ก๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ง: ๐๐๐ฅ๐ ๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ช๐๐ Kegagalan Kerajaan Madani di bawah teraju Perdana Menteri, YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, khususnya melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diterajui YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, semakin jelas apabila urusan asas yang menyentuh kelangsungan industri padi negara terus dibiarkan tanpa penyelesaian yang tuntas. Tempoh perkhidmatan Dato' Dr Ismail Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA telah berakhir pada 14 Mei 2026. Namun, sehingga 5 Ogos 2026, iaitu selepas 83 hari, masih belum ada pengumuman rasmi mengenai pelantikan pengganti beliau. Portal rasmi MADA juga masih memaparkan jawatan Pengerusi tanpa nama penyandang baharu. Kekosongan ini tidak boleh dianggap sebagai urusan pentadbiran biasa. MADA merupakan institusi penting yang menguruskan kepentingan pesawah, pengairan, jadual penanaman, pembangunan industri padi serta penyelarasan pelbagai operasi di lapangan. Ketika pesawah sedang berdepan masalah air, peningkatan kos operasi dan kelewatan input pertanian, KPKM sepatutnya memastikan MADA mempunyai kepimpinan strategik yang lengkap, berfungsi dan mempunyai kebertanggungjawaban yang jelas. Kelemahan tadbir urus ini semakin terserlah apabila isu kelewatan bekalan baja subsidi turut berlarutan. Setakat 29 Jun 2026, hanya 37,560 beg Baja Sebatian Tambahan Padi 3 diterima, bersamaan enam peratus daripada keseluruhan keperluan sebanyak 616,015 beg. Daripada jumlah tersebut, hanya 30,799 beg telah diagihkan, dengan defisit bekalan ketika itu dianggarkan sebanyak 160,000 beg. Bekalan Baja Urea pula tertangguh apabila pembida yang berjaya gagal mengembalikan Surat Setuju Terima dalam tempoh ditetapkan, sehingga pelantikannya terpaksa dibatalkan dan proses tender baharu dilaksanakan. KPKM sebelum ini menyatakan bahawa pembekalan Baja Urea dijangka bermula pada 15 Julai dan keseluruhan masalah bekalan baja di kawasan MADA akan diselesaikan sebelum 30 Julai 2026. Namun, rungutan berkaitan kelewatan serta kualiti Baja Sebatian Tambahan masih dilaporkan pada awal Ogos, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada penyelesaian yang dijanjikan benar-benar sampai kepada pesawah di lapangan. Kerajaan perlu memahami bahawa proses pembajaan padi mempunyai susunan dan tempoh yang mesti dipatuhi. Secara asasnya, pembajaan dimulakan dengan Baja Campuran atau Baja Sebatian Padi 1 pada peringkat awal vegetatif, diikuti Baja Urea ketika pokok berada pada peringkat beranak aktif, kemudian Baja Tambahan atau Baja Sebatian Tambahan Padi 3 pada fasa pembentukan tangkai serta peringkat terbit dan berbunga. Panduan Rice Check Padi oleh Jabatan Pertanian menetapkan Baja Sebatian digunakan seawal 15 hingga 20 Hari Lepas Tabur, manakala Baja Urea diperlukan ketika peringkat beranak aktif sekitar 25 hingga 40 Hari Lepas Tabur. Baja Sebatian Tambahan pula diperlukan pada peringkat pembentukan tangkai dan seterusnya ketika pokok terbit serta berbunga, bergantung pada tempoh matang varieti padi. Setiap tahap ini mempunyai jendela masa tersendiri dan tidak boleh ditangguhkan sesuka hati. Kelewatan pada satu peringkat akan mengganggu keseluruhan kitaran pertumbuhan. Kelewatan Baja Campuran boleh menjejaskan pertumbuhan awal, kelewatan Baja Urea boleh mengganggu pembentukan anak padi, manakala kelewatan Baja Tambahan berisiko menjejaskan pembentukan tangkai, proses berbunga dan pengisian biji. Akhirnya, pesawah yang terpaksa menanggung risiko kemerosotan hasil serta kehilangan pendapatan, sedangkan kegagalan sebenar berpunca daripada kelemahan perancangan, perolehan dan penyelarasan kerajaan. . (Baca penuh rujuk pada kenyataan media)