Polis Tanah Merah ยท @polistanahmerah

Posted 1 month ago
143.5K followers
17.01K views
441 likes
21 comments
27 shares

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐๐˜๐€๐๐˜๐ˆ๐€๐ ๐‹๐€๐†๐” ๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐Š๐” ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐‹๐€๐…๐€๐™ ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‘ ๐‘๐”๐Š๐”๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€. Tanah Merah, 2 Ogos 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah adakan Program Gaya Hidup Sihat (Senamrobik) dan Pelaksanaan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara Peringkat IPD Tanah Merah. Program telah disempurnakan dengan kehadiran dan penerimaan baris oleh YDH DSP Zamri bin Mustaffa @ Dollah, Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah. Pegawai Baris ialah INSP Esmasyauqi bin Ismail (IO Trafik), manakala SM Marzuki bin Mohd Yunus (KPB Balai Bukit Panau) sebagai Sarjan Mejar Baris. Pengacara majlis ialah Konst Ahmad Wafid Akram bin Ruzi dari Balai Polis Bukit Panau. Program senamrobik dikendalikan oleh Puan Wan Mariam binti Wan Cob, Pengerusi NGO Gemanita bersama seramai 15 orang ahli NGO Gemanita sebagai tenaga pengajar. Aktiviti dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Sang Saka Biru sebelum sesi pemanasan badan dan senamrobik dijalankan bagi menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga IPD Tanah Merah. Sejurus selesai aktiviti senamrobik, majlis diteruskan dengan pelaksanaan amalan nyanyian Lagu Negaraku dan lafaz Ikrar Rukun Negara sebagai manifestasi semangat patriotisme, perpaduan serta taat setia kepada agama, bangsa dan negara. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat sebelum baris dibubarkan. Penganjuran program ini bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPD Tanah Merah, meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesihatan mental, mengeratkan semangat berpasukan serta silaturahim sesama warga kerja, di samping menyemai nilai patriotisme melalui penghayatan Lagu Negaraku dan Ikrar Rukun Negara. Inisiatif ini turut diharapkan dapat meningkatkan motivasi, disiplin serta kesejahteraan warga pasukan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. #GayaHidupSihat #ipdtanahmerah #polistanahmerah