Posted 1 week ago
19.54K followers
1.26K views
22 likes
3 comments
0 shares
🚀 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝟏𝟔𝐭𝐡 𝐒𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐂𝐮𝐩 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔🤖🌍 KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Seramai 13 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS (negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya). Menyahut cabaran dalam Pertandingan Robotik Peringkat Antarabangsa "16th STEAM CUP Malaysia 2026" yang berlangsung pada 1–2 Ogos 2026 di Universiti Malaya. Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif SmartClassroom@KEMAS dalam memperkasakan pendidikan digital, robotik, automasi dan kecerdasan buatan (AI) sejak usia awal. Kanak-kanak TABIKA KEMAS akan berentap dalam dua kategori utama iaitu Assembly Boss dan The Breakers, sekali gus membuktikan bahawa anak-anak KEMAS mampu bersaing di pentas antarabangsa. Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua peserta, pendidik serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat. Semoga penyertaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda untuk terus meneroka dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta melahirkan bakat digital masa hadapan negara. 💙 KEMAS Melahirkan Generasi Celik Teknologi, Kreatif dan Berdaya Saing Global. #KEMAS #SmartClassroomKEMAS #STEAMCupMalaysia2026 #Robotik