Posted 3 days ago
8.46K followers
371 views
21 likes
1 comments
0 shares
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus memperkasa agenda pembangunan modal insan dan keupayaan teknikal tempatan menerusi pelaksanaan Program Kolaborasi Industri (ICP). YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, selaku wakil rasmi Ketua Setiausaha PETRA, telah menyaksikan Majlis Penyerahan Alatsuis dan Alatubah serta Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Pembangunan Pusat Latihan dan Penyelidikan Tenaga Boleh Baharu Bertauliah di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) hari ini. Penyerahan peralatan industri industri sebenar seperti alatsuis (๐ด๐ธ๐ช๐ต๐ค๐ฉ๐จ๐ฆ๐ข๐ณ) dan alatubah (๐ต๐ณ๐ข๐ฏ๐ด๐ง๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ฆ๐ณ) ini membolehkan para pelajar serta tenaga pengajar di Politeknik Kota Kinabalu memperoleh pengalaman latihan secara ๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฅ๐ด-๐ฐ๐ฏ yang komprehensif. Pada masa yang sama, kolaborasi strategik yang dimeterai bersama SEDA Malaysia dan Energy Commission of Sabah (ECoS) ini memperkukuh pembangunan SolarTech Excellence Centre (STEC-PKK) sebagai pusat latihan dan penyelidikan TBB bertauliah. Pusat kecemerlangan ini dilengkapi dengan infrastruktur pemasangan solar berkapasiti 20.48 kWp yang merangkumi sistem ๐ฐ๐ง๐ง-๐จ๐ณ๐ช๐ฅ, ๐ฐ๐ฏ-๐จ๐ณ๐ช๐ฅ ๐ณ๐ฆ๐ต๐ณ๐ฐ๐ง๐ช๐ต, dan ๐๐๐๐ ๐ค๐ข๐ณ๐ฑ๐ข๐ณ๐ฌ, serta disokong oleh reka bentuk storan tenaga dwiteknologi untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PETRA dalam merapatkan jurang antara industri dan akademia bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia menyokong aspirasi negara ke arah ekonomi rendah karbon. #PETRA #EkonomiMADANI #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI