bernamaofficial · @bernamaofficial

Posted 14 hours ago
730.37K followers
2.37K views
59 likes
0 comments
1 shares

𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐀 𝐊𝐔𝐌𝐀𝐌𝐎𝐓𝐎 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐𝟖, 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒𝐊𝐀𝐍 #Kumamoto #Jepun Angka kematian akibat gempa bumi bermagnitud 7.1 yang melanda Wilayah Kumamoto di barat daya Jepun pada Selasa meningkat kepada 28, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Khamis, lapor Kyodo News. Ketua Setiausaha Kabinet Minoru Kihara berkata operasi mencari dan menyelamat kini benar-benar menjadi “perlumbaan dengan masa”. Pasukan penyelamat pada Khamis meneruskan operasi di sebuah pusat beli-belah yang runtuh dan kilang kertas yang rosak, dengan usaha mengesan mangsa yang terselamat masih dijalankan. Enam mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan tidak menunjukkan tanda-tanda vital. 📸Reuters #BernamaNews