PETRA ยท @petramalaysia

Posted 4 days ago
8.46K followers
345 views
11 likes
0 comments
0 shares

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐๐€๐๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐๐‰๐ˆ๐€๐ ๐’๐„๐Š๐”๐๐ƒ๐„๐‘ ๐ˆ๐‚๐ & ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐”๐Œ๐’ | ๐Ÿ๐Ÿ— ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐†๐€๐‹๐„๐‘๐ˆ๐€, ๐”๐Œ๐’ YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mewakili Ketua Setiausaha PETRA telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Sekunder ICP di bawah Program ICP PMU Karamunsing di Dewan Galeria, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Turut hadir, YBrs Encik Azhar Abdul Aziz, Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, YBrs Ir Ts Abang Rahman Yusuff, Pengarah PPKBES, Prof Madya Ir Dr Abu Zahrim bin Yaser, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Dato Onn Get Haw, Ketua Pegawai Eksekutif Seni Gemilang Sdn Bhd. Perjanjian sekunder ini ditandatangani antara Technology Depository Agency (TDA) Berhad, Seni Gemilang Sdn. Bhd. (Penyedia ICP) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) (Penerima ICP). Kerjasama strategik industri-akademia ini memfokuskan kepada pembangunan penyelidikan teknologi penjanaan kuasa elektrik mampan yang memanfaatkan tenaga haba persekitaran. Hasil kolaborasi ini merangkumi pembangunan prototaip yan telah membuktikan keberkesanan penukaran tenaga haba kepada tenaga elektrik bagi sistem pencahayaan tanpa bateri. Selain itu, pemindahan ilmu kit & modul pembelajaran STEM dan kepakaran universiti kepada sekolah di Sabah menerusi pengalaman pembelajaran amali yang interaktif dan menarik. Pihak Kementerian menyokong penuh inisiatif sedemikian yang bukan sahaja mendorong inovasi tenaga boleh baharu, malah memupuk minat generasi muda terhadap bidang STEM demi memperkasakan agenda peralihan tenaga negara. #PETRA #EkonomiMADANI #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI