Posted 4 days ago
8.46K followers
326 views
12 likes
2 comments
0 shares
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ Sesi terakhir lawatan kerja YB Datoโ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), melibatkan pelaksanaan Aktiviti Khidmat Masyarakat PETRA bersama agensi di bawah kementerian iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) di dua (2) lokasi iaitu Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah dan Surau Mawaddah, Taman Pinggiran Felda Kelamah, Gemencheh, Negeri Sembilan. Program khidmat masyarakat tersebut merangkumi tiga (3) aktiviti utama iaitu pengosongan tangki septik oleh IWK bagi memastikan sistem sanitasi masjid sentiasa bersih, selamat dan berfungsi dengan baik; penukaran pili sedia ada kepada pili cekap air oleh SPAN bagi menggalakkan penggunaan air secara berhemat, menjimatkan penggunaan air serta mengurangkan pembaziran; dan serahan bantuan komuniti oleh TNB sebagai sokongan kepada keperluan masjid serta kebajikan komuniti setempat. Pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat ini mencerminkan komitmen PETRA dan agensi-agensi di bawahnya dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti. Inisiatif ini turut menyokong amalan penggunaan air yang lebih cekap, pengurusan air sisa yang teratur, penyediaan bantuan kepada komuniti serta usaha memelihara kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan. Lawatan kerja ini turut dihadiri YBhg. Datoโ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), serta pegawai-pegawai kanan PETRA, JPS, TNB, SPAN dan IWK. PETRA komited memastikan kesejahteraan rakyat melalui agenda kelestarian tenaga dan pembangunan sektor air negara yang mampan. #PETRA #EkonomiMADANI #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI